Assalamualaikum...
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Rabu, 16 Jun 2010
Memori Terindah....
Assalamualaikum...... Semoga hari-hari yang berlalu sentiasa memberi kekuatan pada kita untuk terus menelusuri jalan dakwah keranaNya.... Tadi sahabat ummi mengesyorkan agar ummi titipkan pengalaman dan memori ummi ketika mengandungkan mujahid dan mujahidah ummi dan ummi sangat berbesar hati,semoga pengalaman yang ummi alami akan dapat memberi motivasi buatnya.
Banyak sangat pengalaman yang tidak dapat ummi lupakan ketika mengandungkan kalian,pahit,manis semuanya berbaur tapi ketika mengandungkan kakak Dhini walaupun sudah hampir 3 tahun berlalu namun semuanya seakan masih segar diingatan ummi. Ummi masih ingat ketika disahkan mengandung pada tahun 2006,ketika itu ummi gembira tapi dalam masa yang sama pun bimbang jugak.Perkara biasa yang akan menjadi persoalan,dapatkah ummi mendidik anak-anak nanti dalam ketika umur yang masih muda,dan dapatkah ummi papa menyediakan keperluan untuk anak kami nanti memandangkan kami masih belajar ketika itu.Tapi ummi berpegang bahawa rezeki anak Adam itu ditentukan oleh Allah swt dan manusia tidak sesekalipun mengetahui perancangan Allah yang Maha Hebat. Alhamdulillah ummi berlapang dada.
Masa ummi mengandungkan kakak Dhini,seperti ibu-ibu yang lain ummi pun terasa berat dan payahnya melalui "night sickness yang berpanjangan" sampaikan tidak boleh tidur dibuatnya.Tapi Allah selalu bantu meringankan kegusaran ummi....memandang masa ni ummi belum lagi tinggal bersama dengan papa...Sedih jugak bila memikirkannya... Memandangkan ummi sudah mempunyai kalian berdua jadi ummi telah berpengalaman mengandungkan mujahid dan mujahidah....Apa yang ummi dapat rasa masa mengandungkan kakak Dhini lebih "relax"berbanding dengan adik.
Tapi pengalaman melahirkan kakak Dhini lebih lama,mungkin juga sebab anak sulung.Selalu ummi tanyakan pengalaman sahabat-sahabat yang mengandung,dan kebanyakannya bila mengandung anak lelaki cabarannya lebih hebat...Mungkin juga lelakilah yang bakal menerajui kepimpinan Islam suatu masa nanti,maka Allah pun menguji untuk menguatkan rohani bakal mujahid.Keperitan dalam melalui ujian itu selalunya mendekatkan lagi diri kita pada Allah swt..insyaAllah.
Berbalik pada kakak Dhini....masa melahirkannya untuk kali pertama dalam hidup, ummi merasakan kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Hanya selawat dan kalimah Allah yang mampu menenangkan ummi...dan ummi sangat-sangat berterima kasih pada papa yang sentiasa menemani ummi di kala saat getir yang ummi lalui...sampai papa pun mengalirkan air mata melihat keperitan ummi...Syukran ya zauji.. '[Ummi terpaksa bertarung 5 jam untuk kakak Dhini...jadi anak ummi Syauqina Ardhini,jadi anak yang solehah tau:-)']'Ummi sentiasa mendoakan...
Kalau adik Uwais pula lain lagi cabarannya....masa mengandung Uwais ummi diserang penyakit asma pun buat pertama kalinya...tapi apa yang "bestnya" masa mengandungkan adik Uwais ni.....selalu je permintaan ummi tertunai sebelum ummi katakan pada papa.Mungkin sebab Uwais Al-Qarni yang sebenar makbul doanya kot...huhu.'[Untuk anak ummi Ahmad Uwais Al-Qarni pun jadi anak yang soleh juga tau...]'
Masa hampir-hampir bersalin ummi terpaksa dimasukkan ke hospital 4 kali...sebab "false alarm"kesian papa berulang alik....Sampaikan nenek naik risau...takut ummi tidak dapat bersalin secara normal.Perancangan Allah ..beberapa hari sebelum ummi bersalinkan Uwais,nenek bertemu seorang makcik dan dia dengan senang hati menceritakan pengalamannya melahirkan 6 orang anak dengan sangat mudah sampaikan dua daripadanya tidak sempat sampai ke hospital....Rahsianya dengan mengamalkan surah al-Qadr,semenjak di awal kandungan sehinggalah hampir bersalin.Ummi sempat mengamalkan surah ni beberapa hari sebelum kelahiran dan alhamdulillah ummi melalui masa yang amat singkat di dalam "labour room".Tidak sampai satu jam, adik Uwais dah lahir.... Ummi sangat -sangat bersyukur atas kurniaan anak-anak kecil yang menyejukkan dan mengeratkan kasih sayang ummi dan papa.Ummi selalu berpegang...
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar"(al-isra:31)
Buat ummi-ummi pendukung amanah Ilahi.. Mudah-mudahn keperitan yang kita alami ketika mengandungkan zuriat yang comel dapat mentarbiah hati untuk sentiasa dekat padaNya. Pengalaman yang paling bermakna buat ummi,bila setelah melalui kesakitan yang teramat ...ummi dapat melihat tubuh kecil yang comel,suci dan mulus.Segera hilang segala keperitan dan bila dapat memeluk dan menyusui tubuh kecil itu,dan segera hilang segala kesakitan....Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMu yang tidak terhingga....

Langgan:
Catatan
(
Atom
)