Assalamualaikum...
Salam sayang buat anak-anak ummi yang semakin ceria, tahniah buat kakak Dhini yang mahu belajar puasa walaupun masih tidak penuh...
Cepat je masa berlalu kan, kita dah sampai Ramadhan yang ke-9 , seakan baru je 1 Ramadhan bertandang.Mudah-mudahan iman kita akan bertambah juga amalan yang mesti luar biasa.
Seawal Ramadhan ni, ummi berkira-kira untuk membawa kakak dan adik berterawih bersama, alhamdulillah kita papa memilih untuk pergi ke masjid UIA kerana ruangan masjid yang lebih besar dan selesa untuk membawa ank-anak.Ternyata jangkaan ummi benar, ramai ibu-ibu yang membawa anak-anak bersam walaupun tidaklah menuanaikan solat terawih tetapi sekadar mengimarahkan masjid sempena Ramadhan yang mulia.Terasa sangat-sangat tenang lebih-lebih lagi apabila adik tidaklah meragam dan mengganggu jemaah yang lain.Tipsnya: Susu botol dia kenalah bawa dengan cukup.
InsyaAllah seandainya diizinkan , kita akan balik bercuti ke Sabah pada tahun ini, tak sabar rasanya untuk mendengar laungan takbir bergema di kampung halaman sendiri.Semoga Allah memudahkan urusan kita....
Sabtu, 28 Julai 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Post
-
(Perkara yang suami tak suka....tolong jangan buat walau nampak lucu) 1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. W...
-
Tips oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah... semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya.. Tatacara makan & minum Sebelum tidur, maafkan semua or...
-
Assalamualaikum... Salam sayang buat anak-anak ummi yang semakin ceria, tahniah buat kakak Dhini yang mahu belajar puasa walaupun masih tid...
