Halaman

Sabtu, 15 Mei 2010

Hari Sukan Dhini.....

Kakak Dhini: "Sedeynya tak dapat nak main sukan....ni la akibat dtg lambat, kan Dhini dah terlepas nak main...."
Adek Uwais: "Kenapala ramai sgt org yg dtg ni, peningla"


Dhini dgn muka merajuk tak sempat nak bertanding..."ummi tahun depan dtg awal ye"

Assalamualaikum.... Alhamdulillah hari ni Allah izinkan kita hadir untuk hari sukan kakak Dhini kali yg kedua selama Dhini berada di tadika Uia...tapi yg tak best nya...kami dtg lambat disebabkan tersalah masa...ingtkan pukul 9.30 rupanya kena datang pukul 8.30 pagi.... Setiba di sana ibubapa masih ramai dan sukan pulak sudah lama bermula...kakak Dhini cuma sempat nak main dengan kawan-kawan je tu yang buat muka merajuk..Jadi papa terpaksa la pujuk untuk bawa pegi tempat main yg lain.Sekadar untuk melepaskan tension dan meluangkan masa dengan anak-anak, kami pun pergila Aeon Au2 Setiawangsa.


Tempat ni memang sangat convenient...tandas yang selesa,tempat makan yang luas dan pelbagai serta persekitaran yang bersih...dan kakak Dhini dah lupa yang dia tak dapat main sukan bila dapat main di taman permainan berdekatan tempat makan....
Selalunya memang macam ni la..hujung minggu masa yang terluang di khususkan nuntuk anak-anak .Tidak kirala membawa mereka ke taman permainan, sekadar berjalan-jalan si luar rumah tapi apa yang penting kita dapat mendidik mereka mengenal dunia di sekeliling mengajar anak-anak untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain.....


Penting ibu bapa meluangkan masa untuk anak-anak supaya nanti dapat membina karakter yang baik dalam diri anak-anak itu sendiri..disamping membina kenangan yang manis...untuk mereka kenang bila dewasa nanti betap ibu bapa mereka sangat menitik beratkan masa untuk mereka....
Kakak Dhini ni seorang yang sangat "talkative" berbanding adiknya Uwais yang lebih pendiam...Kadang-kadang penat jugak la melayan karenah kakak yang bertanya itu dan ini tapi bila terbaca artikel membuat saya terfikir....anak-anak hanya kecil sekali dan jangan sampai bila mereka dewasa nanti baru la kita teringin dan rindu nak melayan karenah mereka... Ummi sayang Dhini dan Uwais.....


Artikel di petik dari sini Salam,

(Hari ini saya ingin kongsikan artikel oleh Dato’ Dr Norlaily Dato’ Abu Bakar (NURY) yang sempat saya baca dan saya cuba terapkan ilmu ini kerana saya juga sedang mengharungi fasa yang sama, seperti dalam artikel tersebut. Anak saya yang ketiga (Ilham Darwish) memang petah bercakap sejak usianya 1.5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah mencecah 2.75 tahun dan kata orang Perak, sangat ‘beret’ mulutnya. Hari-hari ada saja keletah yang menghiburkan dan saya paling tak boleh tahan bila mulutnya bertanya bermacam-macam soalan yang kadang-kala agak mencabar akal saya untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan usianya.


Suatu petang, dia berkata, “Kenapa ayah berhenti? Cepatlah jalan.”
Saya jawap [on behalf ayahnya], “Ayah berhenti sebab lampu isyarat merah. Kalau lampu merah, kita kena berhenti. Kalau lampu hijau, baru boleh jalan.” Dia menjawap, “Eeee mama ni… boy tanya ayahlah. Boy bukan tanya mama…” Seketika kemudian kami melalui lampu isyarat yang bertukar kuning dan suami memperlahankan kereta. Anak bertanya lagi, “Kalau kuning?” Saya jelaskan kepadanya, “Kalau kuning kita kena berjaga-jaga, perlahankan kereta dan berhenti sebab lepas ini lampu akan jadi merah. Merah kena berhenti.” Dia seakan faham dan mengangguk-anggukka n kepala. Tak lama selepas itu, dia bertanya lagi, “Kalau tak berhenti?” Dalam hati saya mengomel, “Banyak tanya betul budak nih…” tapi saya jawap juga, “Kalau tak berhenti, nanti polis saman.” Dan perbualan kami meleret pula apa itu saman dan lain-lain.


Anak kedua saya yang berusia 3.75 tahun (Dania Sofea) juga tidak kurang hebat ‘beret’nya. Kadang-kala pertanyaannya benar-benar mencabar kesabaran saya… contoh :
Anak : “Mama, kenapa baby nangis?” Saya : “Sebab baby kecil lagi.” Anak : “Kalau baby dah besar, dia tak nangis?” Saya : “Baby menangis sebab dia lapar.” Anak: “Kalau baby tak lapar?” Saya : “….hemmm…” Dalam hati saya… “Aduh... mencabarnya. ..” Ada sesetengah pertanyaan memang sukar untuk saya jawap, contohnya : Anak : “Kat mana mama jumpa baby ni?” (sambil tunjuk baby yang berusia sebulan lebih) Saya : “Mama jumpa di hospital. Mama bawa baliklah.” Ha... ha… Jika ditakdirkan pada hari itu saya larat melayan, saya akan layan juga pertanyaan mereka. Kadang-kala bila terlalu penat, saya cuba jawap juga walaupun acuh tak acuh. Kesian mereka seharian tak berjumpa, macam-macam soalan disimpan dan tunggu saya balik untuk bertanya. Memang kebiasaannya anak dalam lingkungan umur begini suka sangat bertanya.


Soalan seperti, “Apa itu mama?” atau “Mengapa itu ayah?” atau “Bagaimana itu mama?” memang biasa keluar daripada mulut mereka.
Ramai ibu bapa kadang kala tidak terdaya melayan pertanyaan sebegini lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah penat bekerja sepanjang hari. Jika tidak larat melayan karenah anak-akan ini, janganlah mereka dimarah, ditengking atau dimaki hamun. Ini akan membuatkan anak ini tidak akan bertanya lagi, malah mungkin akan terus mendiamkan diri atau cuba perkara lain, memberikan tumpuan kepada benda-benda (barang-barang) atau kawan-kawan yang sama senasib dengannya. Menurut Dato Dr Norlaily, masalah sosial hari ini adalah disebabkan anak-anak yang terbiar atau dipajak-gadai kepada orang lain dari kecil lagi kerana ibu bapa tiada masa untuk mereka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini?


Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh para pemimpin, pembuat polisi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua korporat dan ibu bapa semua. Tetapi hari ini banyak tumpuan diberi kepada perkara yang menambahkan lagi masalah ini. Taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak tumbuh macam cendawan tetapi tidak disediakan dengan program yang sesuai untuk anak-anak. Pihak yang menjaganya sekadar makan gaji sahaja dan tidak ada rasa sayang kepada anak.
Ibu bapa pula tidak dibenarkan langsung terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Malah untuk menghantar anak ke taska dan tadika pun dipajak kepada orang lain. Pernahkah kita berfikir, mengapa anak-anak kecil suka bertanya? Anak-anak suka bertanya kerana ia adalah anugerah semulajadi Allah SWT supaya dia bukan sahaja mengenal tetapi memahami persekitarannya dan boleh menyesuaikan dirinya dengan sesiapa pun dan di mana juapun.


Jadi, jika anak bertanya, “Ayah, kenapa ayah berhenti?” (walaupun anda menganggapnya sebagai soalan ‘poyo’), cubalah sedaya-upaya anda berikan jawapan yang sesuai, yang senang difahami anak. Jawapan penuh kasih sayang Ayah yang penat hanya berdiam diri atau menjawap dengan kasar, “Tak tahu lagi ke? Itu lampu isyarat!” Anak akan terus bertanya, “Lampu isyarat itu apa, ayah?” atau mungkin saja, “Tadi warna kuning, kenapa sekarang warna merah?” atau “Siapa yang tukar warna lampu itu, ayah?” Ayah yang penat mungkin saja akan terus berkata, “Diamlah, ayah tak tahu!” Tetapi ayah yang penuh kasih sayang akan memberikan jawapan yang sebaliknya. Dia akan menjawap, “Ya sayang, merah itu berhenti, kuning itu bersedia dan hijau itu tandanya boleh jalan.” Mungkin saja anak akan bertanya lagi dan lagi, dan kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab cubalah berusaha penuhi persoalan anak. Jika tiada apa-apa urusan pada hari itu, kita boleh usaha pergi ke perpustakaan dan cari buku-buku berkaitan dengan persoalan anak.


Boleh juga mencari bahan-bahan melalui internet. Lakukanlah apa saja yang terfikir, asalkan anak-anak tidak ditinggalkan dengan persoalan yang kita tidak boleh jawap.
Ini amat penting kerana kita tidak mahu perasaan 'curiosity' atau minat anak-anak terbantut, semata-mata kerana ibu bapa jahil. Satu perkata yang amat penting ialah, jawapan yang diberi mestilah tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Cara ini, sedar atau tidak, kita akan meminatkan anak mencari dan meneroka ilmu baru. Ibu dan bapa juga secara tidak langsung, akan terpaksa belajar ilmu baru, umpamanya jika kita mengenalkan anak kepada pokok. Kita seharusnya memberi tahu nama pokok itu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Latin. Kita boleh meminatkan lagi anak kepada pokok dengan memberitahunya ciri-ciri pokok itu, selain menerangkan asal usul pokok, kegunaannya, apa yang baik atau buruk tentang pokok itu dan semua fakta pokok berkenaan. Sekiranya anda ibu bapa yang perihati dan penuh kasih sayang, inilah yang patut dilakukan.)


Semoga Allh swt memberi kekuatan dan kesabaran untuk kita mendidik anak-anak seiring ajaran Islam yang indah.Ibu bapa yang penyayang pasti di sayangi Allah..

Tiada ulasan :