Halaman

Selasa, 11 Mei 2010

Breastfeeding Journey...

Assalamualaikum....



Lamanya tak menulis sesuatu,nak kata sibuk sangat tak la jugak...cuma tengah bertarung nak usahakan jugak untuk meneruskan penyususan susu ibu walaupun dalam keadaan susu yang macam dah tak banyak...

Tapi alhamdulillh, beberapa hari lagi Uwais dah genap breastfeed ngan ummi selama 6 bulan awal dan insyaAllah akan diteruskan ke umur setahun dan sekiranya ada rezeki Uwais lagi ummi akan usahakan sampai 2 tahun.

Banyak jugak cabarannya...memandangkan baby boy ni dah semakin kuat menyusu dan ummi pulak tak ada rezeki lagi nak beli pump eletrik lagi tapi Allah izin berkat kesabaran ummi dan sokongan dari papa....insyaAllah ummi akan teruskan jugak walaupun payah.Walaupun hanay guna pump manual dan selalunya guna tangan..insyaAllah cukup.

Memang penyususan eksklusif ni memerlukan pengorbanan yang tinggi tapi bila tengok anak sendiri puas dapat minum susu ibu, ummi pun jadi tambah bersemangat nak teruskan.Mudah-mudahan Allah beri rezeki yang banyak untuk Uwais, dan ummi yakin Allah pasti bantu.



Uwais pun dah mula makan makanan tambahan...dan dia suka.Untuk permulaan saya hanya bagi bubur nasi campur kentang..nampak jugak muka dia yang berkerut"apa benda ni?"tapi dah lama macam tu,ok la dia.
Hari ibu hari tu , mak call dari Sabah dan tanya"Uwais ada ucap selamat hari ibu ke? hehe...saja je tu...

Yang kakak jangan tanya, awal pagi hari ibu kami bertolak ke sungai congkak,cadangnya sekolah tempat husband mengajar nak buat program untuk cuti sekolah nanti,sebab tu kena tengok tempat dulu.Habislah kepala Uwais dan kakak Dhini kena gigit nyamuk.Lastnya duk dalam keta je pun.Bila balik tu,cakapla ngan Dhini,"Dhini tak ucap selamat hari ibu ke ngan Ummi?"

Dia pun jawab"ok selamat hari ibu ummi"

Bila malam tu dia asyik tengok majalah pa&ma.Lepastu dia tutup majalah dan duk dekat meja makan,tiba-tiba Dhini cakap"Selamat hari ibu ummi"Saya dan husband berpandangan....Dhini,dhini....... Tak tahulah apa yang menyebabkan dia tiba-tiba teringat nak ucap selamat hari ibu pada ummi..apapun terima kasih sayang....


Bila baca tentang kebaikan susu ibu yang antaranya membuatkan anak kita jadi lebih bijak sebab tu la...saya pun berusaha keras jugak nak susukan Uwais lebih lagi dari kakaknya.Masa Dhini dulu dapat menyusu 6 bulan penuh je...sebab tak tau langsung pun lagi tentang penyusuan eksklusif....tu yang cakap dengan husband"kalau Dhini dah bijak walau hanya minum susu ibu 6 bulan penuh,mesti Uwais akan lebih bijak kalau dapat minum lebih...insyaAllah.Alhamdulillah Dhini dah dapat hafal surah Al-Fatihah seawal umur 3 tahun...dan sekarang nak usaha pulak hafal 3 qul....Indahnya penciptaan Allah yang mengurniakan susu ibu untuk keperluan anak-anak kan....



Buat ibu-ibu di luar sana teruskan penyusuan...murah rezeki anak-anak kita dan berkat kehidupan mereka bila membesar dengan susu ibu.....

1 ulasan :

Faliyana binti Muda berkata...

congrats kerana dah berjaya eksklusif breasfeed your baby =p
teruskan usaha lagi..doakan semoga segalanye d permudahkan..amin