Halaman

Rabu, 20 Januari 2010

Rentetan Peristiwa....

Assalamualaikum....

16.01.10(sabtu)

Alhamdulillah setelah lama merancang akhirnya adik-adik junior ummi masa sekolah dulu dapat jugak bertandang ke rumah...Terima kasih ye kerana sudi datang...ada masa datangla lagi


Dari kiri: Gee,Pai, Dhini,Nina,Najmi dan Ummi





17.01.10(ahad)

Hari ni adik Uwais genap dah 2 bulan,alhamdulillah dah semakin montel dan sihat anak ummi ni.Mudah-mudahan Allah swt sentiasa beri kesihatan yang baik untuk kita semua.
Hari ni juga nenek datang dari Sabah....insyaAllah kita akan melawat nenek dalam masa terdekat ni sebab nenek tak dapat menetap kat rumah kita.....Best kan dapat jumpa nenek lagi...

Minggu ni dah bermula mid term dan presentation ummi...banyak kerja sebenarnya sebab tu nak update dulu blog ni,nak lepas tension...

Banyak sangat dugaan yang menimpa ummi dan papa minggu ni tapi alhamdulillah ummi boleh bertahan dan bersabar....

Ummi selalu teringat kata-kata pujangga"kadang-kadang Allah turunkan hujan,lebat dan mambasahi seluruh pelosok bumi...kita jadi gundah gulana namun kita tidak sedar selepas hujan Allah datangkan pelangi yang mewarnai bumi yang basah tadi"

"setiap kecewa yang datang pasti beransur dan gembira akan kembali menyirna"


Tiada ulasan :