Halaman

Rabu, 16 Jun 2010

Memori Terindah....


"wajah-wajah penyejuk hati ummi dan papa"

Assalamualaikum...... Semoga hari-hari yang berlalu sentiasa memberi kekuatan pada kita untuk terus menelusuri jalan dakwah keranaNya.... Tadi sahabat ummi mengesyorkan agar ummi titipkan pengalaman dan memori ummi ketika mengandungkan mujahid dan mujahidah ummi dan ummi sangat berbesar hati,semoga pengalaman yang ummi alami akan dapat memberi motivasi buatnya.

Banyak sangat pengalaman yang tidak dapat ummi lupakan ketika mengandungkan kalian,pahit,manis semuanya berbaur tapi ketika mengandungkan kakak Dhini walaupun sudah hampir 3 tahun berlalu namun semuanya seakan masih segar diingatan ummi.
Ummi masih ingat ketika disahkan mengandung pada tahun 2006,ketika itu ummi gembira tapi dalam masa yang sama pun bimbang jugak.Perkara biasa yang akan menjadi persoalan,dapatkah ummi mendidik anak-anak nanti dalam ketika umur yang masih muda,dan dapatkah ummi papa menyediakan keperluan untuk anak kami nanti memandangkan kami masih belajar ketika itu.Tapi ummi berpegang bahawa rezeki anak Adam itu ditentukan oleh Allah swt dan manusia tidak sesekalipun mengetahui perancangan Allah yang Maha Hebat. Alhamdulillah ummi berlapang dada.

Masa ummi mengandungkan kakak Dhini,seperti ibu-ibu yang lain ummi pun terasa berat dan payahnya melalui "night sickness yang berpanjangan" sampaikan tidak boleh tidur dibuatnya.Tapi Allah selalu bantu meringankan kegusaran ummi....memandang masa ni ummi belum lagi tinggal bersama dengan papa...Sedih jugak bila memikirkannya... Memandangkan ummi sudah mempunyai kalian berdua jadi ummi telah berpengalaman mengandungkan mujahid dan mujahidah....Apa yang ummi dapat rasa masa mengandungkan kakak Dhini lebih "relax"berbanding dengan adik.

Tapi pengalaman melahirkan kakak Dhini lebih lama,mungkin juga sebab anak sulung.Selalu ummi tanyakan pengalaman sahabat-sahabat yang mengandung,dan kebanyakannya bila mengandung anak lelaki cabarannya lebih hebat...Mungkin juga lelakilah yang bakal menerajui kepimpinan Islam suatu masa nanti,maka Allah pun menguji untuk menguatkan rohani bakal mujahid.Keperitan dalam melalui ujian itu selalunya mendekatkan lagi diri kita pada Allah swt..insyaAllah.


Berbalik pada kakak Dhini....masa melahirkannya untuk kali pertama dalam hidup, ummi merasakan kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Hanya selawat dan kalimah Allah yang mampu menenangkan ummi...dan ummi sangat-sangat berterima kasih pada papa yang sentiasa menemani ummi di kala saat getir yang ummi lalui...sampai papa pun mengalirkan air mata melihat keperitan ummi...Syukran ya zauji..
'[Ummi terpaksa bertarung 5 jam untuk kakak Dhini...jadi anak ummi Syauqina Ardhini,jadi anak yang solehah tau:-)']'Ummi sentiasa mendoakan...

Kalau adik Uwais pula lain lagi cabarannya....masa mengandung Uwais ummi diserang penyakit asma pun buat pertama kalinya...tapi apa yang "bestnya" masa mengandungkan adik Uwais ni.....selalu je permintaan ummi tertunai sebelum ummi katakan pada papa.Mungkin sebab Uwais Al-Qarni yang sebenar makbul doanya kot...huhu.'[Untuk anak ummi Ahmad Uwais Al-Qarni pun jadi anak yang soleh juga tau...]'


Masa hampir-hampir bersalin ummi terpaksa dimasukkan ke hospital 4 kali...sebab "false alarm"kesian papa berulang alik....Sampaikan nenek naik risau...takut ummi tidak dapat bersalin secara normal.Perancangan Allah ..beberapa hari sebelum ummi bersalinkan Uwais,nenek bertemu seorang makcik dan dia dengan senang hati menceritakan pengalamannya melahirkan 6 orang anak dengan sangat mudah sampaikan dua daripadanya tidak sempat sampai ke hospital....Rahsianya dengan mengamalkan surah al-Qadr,semenjak di awal kandungan sehinggalah hampir bersalin.Ummi sempat mengamalkan surah ni beberapa hari sebelum kelahiran dan alhamdulillah ummi melalui masa yang amat singkat di dalam "labour room".Tidak sampai satu jam, adik Uwais dah lahir.... Ummi sangat -sangat bersyukur atas kurniaan anak-anak kecil yang menyejukkan dan mengeratkan kasih sayang ummi dan papa.Ummi selalu berpegang...


"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar"(al-isra:31)



Buat ummi-ummi pendukung amanah Ilahi.. Mudah-mudahn keperitan yang kita alami ketika mengandungkan zuriat yang comel dapat mentarbiah hati untuk sentiasa dekat padaNya. Pengalaman yang paling bermakna buat ummi,bila setelah melalui kesakitan yang teramat ...ummi dapat melihat tubuh kecil yang comel,suci dan mulus.Segera hilang segala keperitan dan bila dapat memeluk dan menyusui tubuh kecil itu,dan segera hilang segala kesakitan....Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMu yang tidak terhingga....





Tiada ulasan :