Halaman

Isnin, 26 April 2010

Uwais dah 6 bulan....

Assalamualaikum....


Alhamdulillah Uwais dah masuk 6 bulan dan kakak Dhini pulak dah masuk 3 tahun 6 bulan.Banyak la perkembangan yang terbaru anak-anak ummi ni.Yang si kakak semua benda dah pandai buat.Bercakap pun semakin petah dan kadang-kadang dah pandai membebel....terhibur jugak dengan teletah kakak ni...

" Ummi pegi tengok adek kejap...(ni dialog bila adek tido dalam bilik dan dialah yang akan sibuk nak suruh ummi dan papa jengok adek)
" Ummi hari ni tak sekolah kan, hari ni hari cuti kan...(wlupun sebenarnya baru hari jumaat)
" Ummi ada kuda tak?(ni pulak dialog klu nak pegi Jusco minta main kuda mainan)
kakak...kakak........

Kalau adek Uwais pulak bila dah masuk 6 bulan ni...dia dah pandai


1. Hisap jari dia(kadang-kadang sampai 1 tangan nak makan)
2.Berguling-guling atas katil dan tak nak tido kecuali atas katil ummi yang besar...hmmm pandainya memilih...
3.Suka main bola...tak nak yang kecil mesti yang besar...


4.Sekarang dia dah tak nak tido sendiri kat dalam bilik, mesti nak berteman.
5. Dah pandai minta perhatian,tak le nak lalu-lalang je depan dia..mesti nak kena angkat(huhu)


Ramai jugak kawan-kawan ummi yang lain dah nak tambah baby lagi....alhamdulillah mudah-mudahan Allah permudahkan dan berikan kekuatan.Kelahiran anak-anak ni memang penyejuk mata...dari berdua, bertiga,berempat dan seterusnya...mudah -mudahan kelahiran mujahid mujahidah inilah yang bakal meneruskan perjuangan Islam di masa akan datang....Apa yang penting mujahadah ummi dan abi yang sentiasa berusaha memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak bermula dari penyusuan susu ibu.....
Tahniah buat Layla,Fatehah,Kak Aty,Mawaddah dan semua ibu-ibu dan isteri diluar sana.....




Ummi pun baru nak mencuba makanan tambahan untuk membanyakkan susu ibu...sebelum ni ummi cuba makan pil ASI...tapi macam tak berkesan...jadi alih-alih berhenti



Semalam ummi baru cuba "fenugreek"..harga berpatutan tapi tak nampak perbezaan lagi ,mungkin kena tingkat kan dos kot...Tak apa ummi mesti sabar,mudah-mudahan Allah sentiasa bantu ummi dan ibu-ibu yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing.



Ummi , kakak Dhini dan adek Uwais nak ucapkan tahniah buat papa yang berjaya menyambung tauliah dalam Islamic Finance dari Bank Negara...moga Allah murahkan rezeki kita di masa hadapan..Bukan senang nak dapat ....tapi berkat doa ayah bonda serta usaha papa yang tak jemu ,dapatlah papa meneruskan pelajaran dalam level master.




Ummi dan anak-anak sentiasa mendoakan kejayaan papa...








2 ulasan :

Diary Qol berkata...

salam.terhiburnya baca telatah ardhini..ttu seronokkan melayani dia yg dh pandai bercakap tu...kirim salam pada ardhini

ummuardhini berkata...

to diary qol..
salam...mmg seronok sgt melayan dia bercakap tp kadang tu smpi penat jugak...hehe...