Halaman

Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

"Chicken Pox"

Assalamualaikum.....
Sayang anak-anak ummi dan papa......
Serta pembaca sekalian yang tidak pernah jemu bertandang.......

Lama kan menyepi......bukanlah terus menerus membisu tapi banyak tanggunjawab baru ummi yang kini memerlukan perhatian.....
Anak-anak ummi alhamdulillah namun ujian sakit masih silih berganti....sebelum adik Uwais , kakak Dhini terkena "chicken pox"dan kini adik Uwais pula....sebab ummi dan papa dah kena masa kecil-kecil dulum insyaAllah imun badan kami akan lebih kuat, tapi itu hanya kenyataan saintifik, kalau Allah nak bagi terkena juga jawabnya.....

Sedikit info tentang "chicken pox"@ cacar air.Mengikut kajian orang dewasa yang menghidap penyakit ini berisiko lebih tinggi untukmendapat jangkitan yang serius berbanding kanak-kanak, dan bila ummi bawa adik Uwais berjumpa doktor, imun untuk seseorang yang pernah dijangkiti penyakit ini ialah selama 15 tahun.....Semoga Allah melindungi kita semua daripada jangkitan penyakit ini.

Cacar Air


Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar

Measles air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :

  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.


Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

  • Jangkitan kuman pada kulit
  • Jangkitan pada darah
  • Radang paru-paru
  • Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:

  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas.

  • Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
P/S: Doakan adik Uwais cepat sembuh ye.......

Selasa, 15 Mac 2011

A bundle of joy


Nak ke mana tu? ke sekolah ke

" Hari ini bermula lagi, memori dan kenangan baru...."

Assalamualaikum.....

Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar banyak dah yang kita lalui.Anak-anak ummi yang semakin membesar, dan usia perkahwinan ummi dan papa yang masuk tahun ke-tujuh.Alhamdulillah, tidak terhingga syukur ummi pada Allah swt,semoga saat-saat indah yang kita lalui akan sentiasa dalam ingatan.

16.03.2011

Ahmad Uwais dah masuk 1 tahun 4 bulan.besar dah anak teruna ummi ni.Sangat bahagia bila melihat dia berjalan semakin pantas tapi masih belum berlari.Suka sangat menyakat kakak tapi akhirnya dia juga yang menangis.

Syauqina Ardhini pula semakin besar dan "chubby".Suka sangat cubit pipi yang gebu tu.
Mudah-mudahan anak-anak ummi dan papa sentiasa ceria dan menjadi anak yang soleh solehah.

Ummi masih dalam "mood" menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak memandangkan hari jumaat ni ummi akan mula bertugas.Untuk pertama kalinya bergelar ibu yang bekerja....ummi selalu fikir ingin saja menghabiskan waktu dengan anak-anak dirumah dan malas untuk bekerja,tapi demi untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak ummi kenalah berkorban kan.....insyaALLAH bila sampai masanya Allah memberikan kita kehidupan yang baik dengan ekonomi yang stabil,pasti ummi tidak perlu bekerja lagi.

Ummi keje kat mana?bila dah dapat offer letter nanti ummi cerita ye.

Seharian bersama anak-anak sangat menghiburkan walaupun kadang-kadang menduga kesabaran ummi...ye la anak-anak tengah membesar,macam-macam lah karenah dan fiilnya.....
Tapi anak-anak ummi anak yang soleh kan....biasalah tu menghambur mainan dan ruang tamu..hehe

Ahad, 14 November 2010

Sehabis perjuangan Ummi

Assalamualaikum.....salam sayang buat anak-anak ummi yang sangat ummi cintai...tidak lupa juga buat papa yang tidak jemu bersama ummi.....


Alhamdulillah akhirnya hari ini hari akhir perjuangan ummi menuntut ilmu buat waktu ini....hari terakhir exam di UIA.....perasaan ummi bercampur baur-gembira,sedih juga terharu-kenapa??

Sebab getirnya menghabiskan saat ini membuat kan ummi terkenang kembali segala kenangan pahit manis menuntut ilmu bersama papa....ummi tidak terkata hanya mengucapkan kalimah syukur,akhirnya jalan ummi sampai di sini.....


Buat anak-anak ummi yang sentiasa ummi sayang....

Perjuangan menuntut ilmu sampai ke akhir hayat,suatu masa nanti insyaAllah kalian akan menjejakkan kaki ke sekolah,ke menara gading dan akhirnya memiliki pekerjaan sendiri...apapun pilihan kalian ingatlah wahai anakku perjuangan menuntut ilmu tidak pernah berakhir sehinggalah kita menutup mata....
Mengimbas kembali perjuangan ummi.....

2004
Ummi dan papa baru melangsungkan perkahwinan....meneruskan perjuangan di matrik UIA

2006
Ummi dan papa melangkahkan kaki ke kampus Gombak....perjuangan diteruskan lagi
Ummi melahirkan kakak Dhini...ambil keputusan untuk menangguhkan pengajian sementara

2008
Tahun kedua ummi di Uia,banyak nya cabaran sebagai ibu,isteri dan pelajar

2009
Tahun ketiga yang sangat menuntut kesabaran.....
Ummi mengandungkan adik Uwais...dan melahirkan pada hujung tahun
Terpaksa resit exam sebab tertinggal exam

2010
Tahun keempat pengajian ummi...alhamdulillah sampai juga saat ini

15.11.2010
Ummi unofficially graduated from UIA.....ALHAMDULILLAH,syukur pada nikmatmu YA Allah

InsyaAllah selepas ini ummi berniat untuk mneyambung pengajian lagi....@mungkin bekerja dahulu...manapun pilihan ummi papa sentiasa menyokong dan memberi pendapat...apa yg terbaik bagi ummi...
Doakan ummi ya......

p/s
17.11.2010 - hari lahir adik Uwais yg pertama...selamat hari lahir adik,jadi anak soleh ye...
20.11.2010 - anniversary ummi dan papa yg ke6....terima kasih abang atas pengorbanan dan kasih sayang abang...





Isnin, 26 April 2010

Uwais dah 6 bulan....

Assalamualaikum....


Alhamdulillah Uwais dah masuk 6 bulan dan kakak Dhini pulak dah masuk 3 tahun 6 bulan.Banyak la perkembangan yang terbaru anak-anak ummi ni.Yang si kakak semua benda dah pandai buat.Bercakap pun semakin petah dan kadang-kadang dah pandai membebel....terhibur jugak dengan teletah kakak ni...

" Ummi pegi tengok adek kejap...(ni dialog bila adek tido dalam bilik dan dialah yang akan sibuk nak suruh ummi dan papa jengok adek)
" Ummi hari ni tak sekolah kan, hari ni hari cuti kan...(wlupun sebenarnya baru hari jumaat)
" Ummi ada kuda tak?(ni pulak dialog klu nak pegi Jusco minta main kuda mainan)
kakak...kakak........

Kalau adek Uwais pulak bila dah masuk 6 bulan ni...dia dah pandai


1. Hisap jari dia(kadang-kadang sampai 1 tangan nak makan)
2.Berguling-guling atas katil dan tak nak tido kecuali atas katil ummi yang besar...hmmm pandainya memilih...
3.Suka main bola...tak nak yang kecil mesti yang besar...


4.Sekarang dia dah tak nak tido sendiri kat dalam bilik, mesti nak berteman.
5. Dah pandai minta perhatian,tak le nak lalu-lalang je depan dia..mesti nak kena angkat(huhu)


Ramai jugak kawan-kawan ummi yang lain dah nak tambah baby lagi....alhamdulillah mudah-mudahan Allah permudahkan dan berikan kekuatan.Kelahiran anak-anak ni memang penyejuk mata...dari berdua, bertiga,berempat dan seterusnya...mudah -mudahan kelahiran mujahid mujahidah inilah yang bakal meneruskan perjuangan Islam di masa akan datang....Apa yang penting mujahadah ummi dan abi yang sentiasa berusaha memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak bermula dari penyusuan susu ibu.....
Tahniah buat Layla,Fatehah,Kak Aty,Mawaddah dan semua ibu-ibu dan isteri diluar sana.....




Ummi pun baru nak mencuba makanan tambahan untuk membanyakkan susu ibu...sebelum ni ummi cuba makan pil ASI...tapi macam tak berkesan...jadi alih-alih berhenti



Semalam ummi baru cuba "fenugreek"..harga berpatutan tapi tak nampak perbezaan lagi ,mungkin kena tingkat kan dos kot...Tak apa ummi mesti sabar,mudah-mudahan Allah sentiasa bantu ummi dan ibu-ibu yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing.



Ummi , kakak Dhini dan adek Uwais nak ucapkan tahniah buat papa yang berjaya menyambung tauliah dalam Islamic Finance dari Bank Negara...moga Allah murahkan rezeki kita di masa hadapan..Bukan senang nak dapat ....tapi berkat doa ayah bonda serta usaha papa yang tak jemu ,dapatlah papa meneruskan pelajaran dalam level master.




Ummi dan anak-anak sentiasa mendoakan kejayaan papa...








Khamis, 18 Mac 2010

Tengoklah telatah dua beradik ni...si kakak tak henti menyakat adik

Assalamualaikum....

Salam buat semua pembaca dan anak-anak ummi yang semakin comel....
Lamanya tak update blog ni....tiga minggu terakhir ni sangat sibuk dengan assignment dan pelbagai tugasan yang harus diselesaikan sebelum bermulanya peperiksaan akhir....alhamdulillah exam dah bermula dan semua tugasan dah siap di hantar.Sedar tak sedar anak-anak ummi dah semakin membesar dan banyak perkembangan baru yang tak sempat nak ummi updatekan lagi.....
InsyaAllah ada kesempatan pasti akan ummi titipkan gambar-gambar terbaru ardhini dan uwais yang semakin membesar.

Isnin, 22 Februari 2010

Petua Kebahagiaan Rumah Tangga


Petua kemesraan rumahtangga. ....

"Wahai isteri...berbaktilah pada suami kamu selagi mana kehendaknya tidak bertentangan dengan suruhan Allah swt dan Rasulullah...Sesungguhnya setiap kebaikan itu pasti Allah balas dengan kebaikan yang lebih berlipat kali ganda"

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan
Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda..........

1) Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm
satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah,
tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau
bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda
Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali
padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

2) Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ke dlm bejana tesebut."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

3. Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yg sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian
saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda
mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya
letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

4. Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda
singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda
bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

5. Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi
wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa
mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

6. Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya
di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca
Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

7. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg
di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

8. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata,
"Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah
dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari
fitnah yg menyesatkan. "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

9. Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w
di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di
atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah &
baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di
tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah
ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena
titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian
baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).

10. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w
menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesunggu hnya aku
pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan
beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja
Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di
kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan
memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata, "Ternyata keadaan
Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w dan hadiah tersebut
di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing
isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan
pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat
Ahmad )

11. Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda
masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda
kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap
dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita
yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada
hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap dan
perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan
sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi.....

Hadiah Yang Bermakna.....


Assalamualaikum anak-anak ummi.....Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga iman bertambah-tambah dengan berlalunya hari.....

Alhamdulillah semalam umur ummi menjangkau usia 24 tahun ummi sangat bersyukur atas kurniaan Alla swt yang masih memberikan ummi nikmat iman dan kasih sayang dariNya...Selama usia ini juga banyak kenangan pahit manis yang tidak dapat ummi lupakan terutamanya semasa menjejakkan kaki ke alam perkahwinan sehinggalah detik mengandungkan dan melahirkan kalian..Ummi sangat bersyukur atas kehadiran kalian dalam hidup ummi lebih-lebih lagi papa yang sentiasa memberikan sokongan buat ummi melalui perjalanan ini...

Semalam juga setelah sekian lama teman-teman lama ummi berkesempatan berkunjung ke rumah kita.Dah lama ummi teringin berjumpa mereka dan alhamdulillah Allah memberikan kesempatan sempena ulang tahun ummi yang ke 24....Terima kasih buat shien,daya,eyeng,rosse'dan yan yang sudi datang.Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita terus subur dan semoga di lain masa kita akan berkesempatan bertemu lagi...

Setelah lama tak jumpa semua kawan -kawan ummi dah ada kerjaya masing-masing...berkat kesabaran menuntut ilmu dan perjuangan walaupun berjauhan dengan ibu bapa.....Anak-anak ummi pun nanti kena sabar dan bekerja keras selalu..insyaAllah Allah swt akan sentiasa membantu perjuangan yang murni....


Khamis, 18 Februari 2010

Aku Takut Kehilanganmu....


Cinta ku berputik...mekar dan terus mewangi


Cinta ku bercambah....subur dan terus menyirna


Apa yang harus aku gadaikan...


Untuk aku terus berada di sampingmu...


Tidak pun kau terus menemani aku


Apa yang harus aku korbankan...


Untuk aku terus menerima cintamu


Tidak pun kau terus menyanyangi aku...




Cintaku tidak sehebat panglima bestari


Bertahan walau untuk ke titisan darah yang terakhir...


Cintaku tidak sehebat khalifah terakhir
Berkorban darah dan harta benda demi ummah tercinta....
Jangan tinggalkan aku Ya Rabbi...
Aku takut kehilanganmu......

Ahad, 24 Januari 2010

Cuti Dah Bermula....




Assalamualaikum...

Alhamdulillah ummi dan papa dah mula cuti sem...dapatlah berehat sekejap dan melepaskan tekanan belajar...Sejak cuti bermula jumaat yang lepas tak ada pun aktiviti yang menarik cuma ummi jadi rajin nak ambik gambar kalau ke mana-mana saja nak kumpul koleksi gambar kita....
Suka sangat tengok gelagat kakak dan adik yang semakin pandai bergaya bila diambik gambar...

Rabu, 13 Januari 2010

Rezeki Itu Ketentuan Allah swt.....

Tak sedar masa berlalu...setelah 5 tahun mengharungi pahit manis kehidupan berkahwin, Allah telah menguji dengan pelbagai ketentuan dan sehingga saat in walaupun ujian terus datang tanpa di timpa namun.....selepas kemarau yang melanda pasti Allah balas dengan kehadiran pelangi yang memujuk hati....

Sejak awal perkahwinan ummi dan papa bermula dengan tangan yang kosong....duit,tempat tinggal,kenderaan semuanya di luar kemampuan.Ummi masih ingat satu masa papa terpaksa pergi jual ubat(pil habbatus sauda') barula ummi dan papa dapat makan tengah hari..kadang-kadang bila ummi kenangkan kembali,Ya Allah besarnya kesabaran papa mengemudi bahtera menuju syurgaNya....

Bukan untuk menakutkan kakak dan adik....tentang kehidupan yang kita tak pernah dijangka...Cuma ummi inginkan kakak dan adik tahu Allah sentiasa ada dikala hati kita terlalu gundah dan terkadang kita tidak menjangka pun betapa besarnya pertolongan yang Allah bagi dengan kita...

Selepas kelahiran kakak..kehidupan ummi dan papa semakin baik...
Bayangkanlah seminggu sebelum kelahiran kakak,papa di buang kerja kerana sikap manusia yang dengki...

Sebelum kelahiran kakak juga...berkali-kali ummi dan papa menghantar permohonan untuk membeli kereta namun tak pernah berhasil

Namun keajaiban berlaku...selepas kelahiran ardhini...satu hari sahibah ummi yang sebenarnya tak lah rapat sangat pun dengan ummi...hantar sms dengan papa kalau papa nak kerja sebagai guru sambilan....terima kasih sangat pada kak naim(andai satu hari nanti akak baca blog ni,syukran jazilan ya ukhti,Allah je yang mampu balas)

Selepas kelahiran kakak juga,akhirnya kita dapat memiliki kereta sebagai keperluan untuk bergerak ke kelas ....
Betapa bermaknanya kehadiran kalian dalam hidup ummi dan papa...

Sebelum kelahiran adik pula...
Sememangnya rezeki kita dah semakin bertambah..dan alhamdulillah semakin bertambah baik atas asbab kehadiran kalian sebagai permata hati ummi dan papa...

Banyak lagi pengalaman yang bukan hanya ummi alami tapi juga berlaku pada papa...mudah-mudahan seandainya ada kesempatan,pasti ummi akan ceritakan.....

Ahad, 10 Januari 2010

Wajah Kalian Penenang Hati.......

Hari ni ummi sedikit tension.....kerja yang berlambak-lambak dan seakan tak mungkin dapat di habiskan.Semalam ummi bergadang dengan papa...ummi tak study pun, cuma nak belajar adobe photoshop untuk iklan cetak yang hendak ummi siapkan..tapi ya Allah banyak video tutorial yang ummi cari tapi tak ada satu pun yang dapat beri pemahaman yang mendalam...dan akhirnya ummi pun tertidur tanpa dapat satu input pun yang dapat membaiki pengetahuan ummi tentang photoshop.....hari ni pula,ummi rasa tension....

kadang-kadang ummi terfikir tanggungjawab yang ummi galas lebih banyak dari masa yang telah Allah swt bagi...tapi ummi janji ummi tak akan putus asa...

Membesarkan kalian di kala ummi juga memegang tanggungjawab sebagai pelajar banyak mengajar ummi erti bersabar walaupun kekadang ummi sedikit tertekan.Tapi ummi selalu ingat betapa banyaknya pertolongan yang Allah bagi dengan ummi untuk menyelesaikan tanggungjawab ini walaupu terkadang ummi tidak ada masa untuk diri sendiri....

Tak apa la kan sayang....insyaAllah ummi yakin pengorbanan ummi ini pasti Allah balas dengan sesuatu yang sangat berharga di masa akan datang....

Kalian la penenang duka ummi....
Buat abang...terima kasih kerana tak pernah jemu membantu dan sentiasa bersabar dengan ummi.....


Selasa, 29 Disember 2009

Syukran ya zauji.....

Terima Kasih ......
Atas pengorbananmu yangternilai....
Terima Kasih ....
Atas segalanya yang kau ajarkan....
Terima Kasih
Atas doamu yang tak pernah putus....
Tak akan ku harapkan harta dunia,
Hanya cintamu untuk ku terus berpaut,
Tak akan ku harapkan emas bergunung,
Hanya kasihmu sebagai sandaranku.....
Hidup ini sungguh sementara...
Tak akan ku tahu andai esok masih ada matahari untuk kita...
Namun satu ku pasti...
Ku tahu tanganmu sentiasa menggapaiku....
Selamat Ulang Tahun Kita Yang Kelima....

Sabtu, 5 Disember 2009

Dua-dua Pun Ummi Sayang....

Assalamualaikum....
Salam penuh kasih sayang buat permata hati ummi dan papa

Semenjak kelahiran adik kecil Uwais ,si kakak Ardhini ni suka sgt buat macam-macam....kdg2 pening juga kepala di buatnya...picit, cubit adik Uwais dan kadang sampai menangis di buatnya hero kecil ni.

Ummi pening kepala sebenarnya...kakak ni cemburu ke?dan kadang-kadang bimbang di buatnya.Anak-anak ummi , ummi sayang semuanya.Walaupun Dhini dah ada ramai adik pun nanti ,ummi dan papa tetap sayangkan Dhini.
Jadi anak yang soleh tau...mudah-mudahan Allah swt sentiasa merahmati kita.
Saya titipkan artikel sebagai panduan untuk ibu-ibu mengatasi masalah ini,semoga bermanfaat untuk kita.


Cara mengatasi cemburu anak sulung pada adiknya


Kehadiran buah hati sangat ditunggu oleh seluruh anggota keluarga bahkan betapa senangnya sikakak akan mendapat adik. Namun ketika perhatian kedua orang / orang-orang disekitar lebih besar kepada sikecil dikhawatirkan kecemburuan akan muncul dari diri sikakak.Cemburu sangat alami merupakan perasaan ketakutan kehilangan/berkurangnya perhatian, kasihsayang atau apalah yang di rasakan selama ini untuk berbagi dengan yang lainnya.

Jika cemburu hadir pada remaja/dewasa mungkin tidak akan menjadi persoalan kerena bisa diajak bicara untuk diskusi, namun jika cemburu itu hadir pada buah hati kita yang masih kecil bagaimana mengatasinya?.
Sebelum kita mendiskusikan solusi mengatasi cemburu pada diri buah hati kita yang masih kecil kita harus tahu dahulu penyebab cemburu, berdasarkan pemikiran saya & sumber bacaan yang saya juga lupa judulnya secara garis besar adalah :
  1. Ketika masih sendiri dia adalah anak kesayangan dengan kehadiran adiknya dia takut jika dia tak lagi menjadi anak kesayangan.
  2. Perkembangan sikecil dari waktu ke waktu menjadi perhatian seluruh keluarga sehingga dia merasa tidak diperhatikan lagi.
  3. Perhatian kedua orang tua yang memang tidak adil karena si adik merupakan harapan yang terkabul (misal keinginan melahirkan Laki-laki/perempuan & sesuai harapan)


Sebenarnya apa yang sering dilakukan(pelampiasan) si kakak jika cemburu melanda :

Pelampiasan yang bersifat Negatif yang sering dilakukan oleh sikakak jika cemburu melanda :

  1. Mencari-cari perhatian dengan berbagai cara cengeng,susah diatur, melawan dll yang bersifat tidak baik.
  2. Menyakiti adiknya karena kekesalan yang ia rasakan karena perhatian orang dewasa disekitarnya terbagi.

Mungkin saat kita lelah mengurus si adik tanpa sengaja kita akan bereaksi yang berlebihan terhadap sikap & tingkah laku si kakak, sebenarnya ini tidak dianjurkan karena dapat menimbulkan penolakan dalam hati si kakak sehingga dapat memumpuk prilaku negatif yang tidak kita harapkan.

Pelampiasan Positif yang sering dilakukan oleh sikakak jika cemburu melanda :


  • selalu menyayangi adiknya dengan cara menunjukkan kasih sayangnya didepan orang lain dengan harapan mendapat pujian dari orang dewasa disekitarnya karena sayang dengan adiknya.

Jika pelampiasan positif yang dilakukan coba lah sesekali memberi pujian kepadanya agar timbul kebanggaan sehingga dia akan bersemangat melakukan perbuatan positif kepada adiknya.

Cemburu yang melanda buah hati kita kepada adiknya haruslah dikelola oleh kita dengan baik agar tidak menimbulkan impak negatif saat tumbuh dewasa nanti, Kesan cemburu yang tidak dikelola dengan baik oleh kita :

  • Cemburu yang tidak dikelola dengan baik akan menimbulkan iri, dengki kepada sesama saudara sehingga hubungan adik kakak tidak erat bahkan bisa jadi saling bermusuhan.

  • Cemburu yang tidak dikelola dengan baik akan akan menimbulkan buruknya hubungan anak dan orang tua karena si kakak merasa orang tuanya pilih kasih kepadanya.

  • Cemburu yang tidak dikelola dengan baik akan akan menimbulkan sifat yang kurang baik pada si kakak seperti tidak percaya diri, rendah diri karena selama ini selalu disalahkan oleh kedua orang tuanya dan jarang mendapat pujian dan pembelaan.

Kesan yang timbul dari masalah yang kita(orang dewasa) anggap remeh ternyata sangat besar bagi perkembangan buah hati kita, untuk itu mari kita mencuba untuk mengelola cemburu yang timbul pada buah hati kita tatkala lahir sang adik. Berikut ini alternative untuk mengelola cemburu si kakak yang dapat saya kumpulkan dari berbagai sumber :

Sebelum si Adik lahir :

  • Ceritakan pada buah hati bahwa suatu saat dia akan memiliki adik dan bisa jadi teman bermain.

  • Ajak menjenguk sahabat/ teman melahirkan agar ia mengetahui adik baru adalah bagian dari kehidupan keluarga.

  • Ajak si Kakak saat ke dokter terutama USG untuk melihat perkembangan calon adiknya agar sayang pada adiknya tumbuh subur.

  • Ajak si kakak untuk mempersiapkan kelahiran seperti belanja keperluan si adik dan keperluan melahirkan.

  • Berikan contoh berupa tontonan yang mendidik tentang kasih sayang saudara sekaligus diberikan penjelasan kepada nya tentang betapa indahnya kasih sayang.

Setelah si adik Lahir :

  • Libatkan si kakak dalam kegiatan perawatan si adik seperti memberi susu, memandikan, dll yah sekedar melihat(nonton) agar timbul dalam dirinya kesedaran bahwa dia juga seperti itu dulu.
  • selalu menjelaskan bahwa si adik selalu membutuhkan perawatan dan pertolongan karena dia belum bisa melakukan sendiri.

  • selalu ucapkan bahwa kasihsayang kita kepada keduanya tidak dibebda-bedakan.

  • ucapkan pujian kepada sikakak atas bantuannya membantu kita dalam merawat si adik agar timbul padanya semangat dalam membantu & sayang pada adiknya.

Semoga bisa menjadi pengetahuan kita semua, semoga keluarga-keluarga kita menjadi keluarga yang bahagia. Amin.....

Selasa, 1 Disember 2009

alhamdulillah....



setelah menanti selama 41 minggu akhirnya lil mujahid yg ditunggu keluar juga....
due sepatutnya 7.11.09 tapi baby tak nak kuar jugak...3 kali masuk wad yg ke-4 baru baby lahir...
masuk wad yg last tanggal 16.11, kena admit awal sebab esok cadangnya dr nak masuk ubat ...dalam hati kuat berdoa mudah-mudahan lah tak jadi nak masuk ubat,and sepanjang malam duk amal surah al-qadr..alhamdulilah pagi esoknya 17.11dr cek n bukaan dah 3 cm....
kul 10 pagi cam tu dr cek sekali lagi dah bukak 4cm alhamdulillah....dah bole p labor room,sakit pun dah mula terasa...
masuk labor room kul 12.30 dgn sakit yg masih minimum....and alhamdulillah 13.52 lahirla baby boy yg comey...
tersa syukur sgt....proses bersalin yg memang cepat...bila tgk muka lil mujahid yg memang ditunggu-tunggu,lega rasa hati......
kat atas tu gambar terbaru lil mujahid buat tatapan sahabat sume...

Khamis, 5 November 2009

semoga Allah permudahkan.....

esok klu ikutkan due untuk bby yg kedua ni...tapi tak tau la,takut jugak jadi mcm baby first..overdue dan kena induce labor lagi....sebenarnya dari minggu lepas lagi duk berdoa biarla baby ni kuar awal jadi lama la sikit mak jaga lepas pantang....tapi kita hanya merancang tapi Allah juga yg Maha Tahu kan....
Apapun semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kami sekeluarga....mungkin Allah nak bagi peluang tuk berehat puas2 dulu sebelum lahir baby boy ni...sbb bila dah lahir nnt mesti tak le tido malam jadinya.....