Halaman

Rabu, 26 Mei 2010

Mesra Suami Isteri...

Assalamualaikum....
Sekadar ingin berkongsi tip-tip bermakna untuk pasangan suami-isteri....Semoga kita menjadi pasangan yang bahagia.....

1. Biasakan berbicara dengan lembut dan sopan sesama suami isteri. Panggillah suami dengan panggilan yang hormat seperti abang dsb dan panggillah isteri dengan panggilan yang disukainya atau ‘sayang’.

2. Ucapkan penghargaan atas khidmat pasangan dengan ucapan terima kasih serta ciuman atau pelukan mesra. Kerap terjadi, teguran hanya diberi bila masakan isteri terlebih masin tapi tiada apa yang suami ucapkan sekiranya masakan menyelerakan. Juga , bila sampah terbiar tak dibuang, isteri cepat bersuara untuk komplen tapi tak mudah nak ucap terima kasih bila suami telah menghantar sampah keluar rumah.

3. Jika terjadi salah faham, jangan biar perasaan dan ego menguasai. Isteri perlu segera meminta maaf sebagai tanda hormat terhadap suami walaupun dirasakan berada dipihak yang benar sementara suami pula perlu memahami perasaan isteri serta cepatlah memujuknya dan terima pandangannya

4. Krisis rumahtangga adalah sesuatu yang payah untuk dielakkan. Pastikan suami isteri saling memaafkan dan berbaik sebelum tidur malam. Jangan tidur dalam keadaan marah.Insyallah, Allah SWT akan berikan nikmat kemanisan setelah anda berbaik semula

5. Biasakan amalan sentuhan non-seksual seperti dakapan mesra, ciuman serta usapan di pipi dan berpegangan tangan dalam interaksi seharian. Sewaktu menghargai tindakan pasangan, sertailah dengan ciuman atau dakapan, usap dan belai pipi dan rambut isteri sewaktu berihat menonton TV , berpegangan tanganlah sewaktu berjalan bersama atau ketika bersembang di rumah.

6. Hubungi pasangan melalui sms dan ucapkan yang anda teringat padanya dan anda sayang padanya.Bergurau senda(flirt) dengan pasangan anda melalui telefon sewaktu di pejabat atau bepergian.

7. Luangkan masa untuk berbincang dan berbual sesama suami isteri selain dari urusan anak-anak serta keluarga. Jika perlu, buat ‘date’ untuk makan bersama di luar atau bercuti hanya berdua walaupun hanya untuk sehari semalam. Perlu ada waktu untuk suami isteri sahaja

8. Suami isteri perlu memahami pekerjaan pasangan dan ambil tahu sekiranya ada masalah di pejabat dsb. Sekiranya isteri suri rumah, suami pula perlu memahami isteri yang menghadapi karenah anak-anak seharian .

9. Perlu ada gurau senda dan usik-mengusik antara pasangan.Perlu juga ada kejutan seperti pemberian bunga pada isteri atau sediakan masakan kegemaran suami tanpa diketahuinya.

10. Wanita ialah ciptaan Allah yang banyak perasaan, seharusnyalah suami bersabar dan pelajari cara memujuk dan mengambil hatinya lebih-lebih lagi sewaktu isteri mengandung atau datang haid .

11. Kedua-dua suami isteri perlu berpakaian kemas dan berwangian sewaktu di rumah. Walaupun usia makin meningkat, tidak perlu beruniform dengan kain batik lusuh dan T shirt atau berpelikat tanpa berbaju sewaktu bersama di rumah.

12. Suami dan isteri perlu tunaikan hak pasangan tanpa menuntut agar haknya dipenuhi. Untuk ini, berdoalah pada Allah SWT agar rumahtangga di Berkati serta perbaikilah hubungan dengan Allah agar urusan kehidupan dipermudahkanNya

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [ Ar Ruum : 21 ]

Selamat Beramal.....